My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 7 March 2018

    Rakyat Selangor Tidak Mandi, Ini Semua Salah Azmin Ali



    Selama tiga hari, mulai semalam, ramailah penduduk di Selangor yang tak mandi. Buka pili pagi pagi air sudah tiada lagi. Salah siapa semua ini? Sudah pastilah salah Azmin Ali. Dia mana peduli hal rakyat. 

    Ramai jugalah yang akan mengeluh selepas ini kerana sakit pinggang disebabkan terpaksa mengangkut air dari lori ke dalam rumah. Dari tingkat bawah ke tingkat atas. Inilah situasi yang berlaku setiap kali berlaku gangguan air di negeri pimpinan Mohamad Azmin Ali. Beliau sudah tentu tidak akan merasakan semua ini kerana rumahnya sudah pasti disediakan air yang mencukupi.

    Cuba jika Azmin berada di tempat penduduk Selangor, baru beliau tahu betapa sakitnya hati kerana berlaku gangguan air. Suruhlah Azmin angkat baldi. Bolehkah beliau melakukannya sedangkan ketika mengalihkan perabot dirumahnya untuk menyambut kepulangan cucu sulong yang baru dilahirkan pun Azmin sudah sakit belakang, inikan pula mahu mengangkut air.

    Bagi mereka yang duduk di rumah teres, mungkin lebih mudah tapi bayangkan pula jika mereka yang menetap di flat yang tiada lif atau lif mengalami kerosakan?

    Untuk rekod, mulai semalam sebanyak 427 kawasan di sekitar Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja-kerja pembaikan peralatan kritikal selama 10 jam di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3).

    Antara kawasan yang terlibat, termasuk Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat. Ia merupakan ia gangguan terbesar kali kedua untuk tahun ini sahaja selepas masalah sama melanda penduduk Lembah Klang pada 24 hingga 26 Januari lalu.

    Masalah gangguan air ini bukan perkara baru malah pada 2015, ia berlaku pada bulan Ramadan hinggakan bekalan air terpaksa dicatu. Kesian penduduk di Selangor ketika itu, betapa peritnya menyambut Ramadan dalam keadaan tiada air. Menghairankan kerana ia merupakan tanggungjawab kerajaan negeri tetapi kenapa perkara ini berlarutan dan tidak pernah selesai.

    Setiap tahun masalah sama akan berlaku seolah-oleh kerajaan Selangor sengaja melambatkan penstrukturan semula air. Akhirnya yang menderita adalah rakyat. Isu air adalah salah satu daripada masalah-masalah yang gagal diselesaikan oleh pentadbiran Azmin Ali.

    Rakyat terpaksa menderita bukan sebab tiada air semata-mata malah mereka terpaksa mengeluarkan wang untuk membeli tong menyimpan air. Sebelum ini Azmin Ali mendakwa rakyat hidup tertekan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak namun sebenarnya hanya mereka yang menetap di Selangor mengetahui siapa sebenarnya yang menekan rakyat.

    Hanya penduduk di Selangor yang merasai tekanan apabila tiada air, bukan seperti penduduk di negeri lain. Jadi memandangkan pilihan raya umum semakin dekat, maka eloklah kita gunakan kesempatan yang ada untuk tukar kerajaan negeri Selangor.

    Sebagai penduduk Selangor, kita harus tamatkan penderitaan akibat tiada air ini. Tolaklah Pakatan Harapan kali ini. Penduduk sudah muak dengan janji palsu Azmin Ali. Isu asas penduduk pun tidak dapat diselesaikan, inikan pula mahu memerintah Malaysia. Air tidak ada, ini semua salah Azmin Ali.

    Beruang Biru
    Rabu
    7 Februari 2018
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rakyat Selangor Tidak Mandi, Ini Semua Salah Azmin Ali Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top