My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 27 March 2018

    Pembinaan ECRL Berada Dilandasan Yang Tepat




    Pada awalnya, ramai yang agak ragu-ragu terhadap usaha kerajaan membina East Coast Rail Link (ECRL) yang menghubungkan Pelabuhan Klang di Pantai Barat Semenanjung ke Wakaf Baru di Kelantan. Manakan tidak, pembinaan yang memakan jarak 688 kilometer ini dianggap sebagai satu lagi projek mega yang diusahakan di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

    Hari ini, menurut laporan yang dikeluarkan, kerja awal fasa satu dan dua seperti ujian tanah bagi proses pembinaan ECRL sudah mencapai angka 13 peratus disiapkan. Ianya ditakrifkan, mengikut jadual yang telah ditetapkan termasuk melibatkan reka bentuk dan kerja awalan bagi kedua-dua fasa berkenaan.

    Kerja awal seperti pembinaan kem induk, kem satelit, laluan keluar masuk kawasan pembinaan juga telah berjaya disiapkan. Ini termasuklah juga kem-kem induk ECRL di Kelantan, Terengganu dan Pahang juga turut berjaya disiapkan.

    Menariknya, China Communications Construction Company selaku kontraktor utama dan semua kontraktor tempatan yang terlibat turut mematuhi segala arahan yang ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi memastikan keselamatan semua pekerja yang terlibat dalam pembinaan ECRL ini kekal terjamin.

    Untuk rekod, ECRL bakal mencatatkan satu lagi sejarah pengangkutan awam negara apabila menghubungkan Pantai Barat Semenanjung dengan Pantai Timur yang sebelum ini hanya dihubungkan menerusi keretapi mel biasa.

    Secara amnya, jarak keseluruhan pembinaan ini adalah sejauh 688 kilometer dengan mempunyai 39 buah terowong yang akan dibina di Pahang, tiga di Terengganu  dan dua di Selangor. Selain itu, sebanyak 147 buah jambatan akan di bina khususnya di Kelantan dan Terengganu yang dikenal pasti sebagai lokasi yang akan kerap berlaku banjir pada musim tengkujuh. 
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pembinaan ECRL Berada Dilandasan Yang Tepat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top