My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 15 March 2018

    '5 Battle Royale On The Go'



    Bukan lagi satu kejutan, genre Battle Royale kini membanjiri pasaran telefon pintar yang boleh diakses semua generasi terutama orang muda. 

    Ia bermula apabila permainan video Playerunknown’s Battlegrounds (PUBG) mencetuskan fenomena tahun lalu dengan memperkenalkan satu mod Battle Royale apabila pemain ditempatkan di satu pulau dan perlu bertarung dengan 99 lagi pemain yang memiliki senjata.

    Bagi anda yang tidak mempunyai PC di rumah dan belum ada wang yang cukup untuk membeli PUBG, boleh cuba permainan mudah alih di bawah ini. Menariknya, ia boleh dimainkan di mana-mana tanpa sambungan wayar. Hanya di telefon pintar anda!

    1. Rules of Survival 

    Semua orang tahu ‘game’ ini sememangnya popular di pasaran peranti pintar sekarang. Visualnya sangat menarik ditambah lagi dengan cara permainan. Ia hampir sama dengan PUBG dan terbuka untuk solo, duo serta mod berpasukan. Rules of Survival adalah percuma dan transaksi mikro hanya menawarkan pilihan kosmetik serta pek ‘booster’ yang tidak mengubah cara bermain. Pilihan senjata yang banyak dan kenderaan untuk memandu adalah satu bonus bagi pemain. 

    2. Grand Battle Royale

    Bagi anda yang meminati visual ‘game’ seakan-akan Minecraft, inilah permainan mudah alih sesuai untuk anda. Bayangkan grafik di Battle Royale dan Minecraft. Permulaannya juga agak mencabar apabila anda bukan lagi diturunkan daripada kapal terbang tapi berada di sebelah musuh. Apabila penggera dibunyikan, cari senjata bersama musuh dan elak dibunuh. Kedengaran agak ‘brutal’?

    Ya, itulah konsep yang diketengahkan Grand Battle Royale. Anda juga boleh mengubah mod kepada ‘first-person’ untuk sasaran lebih tepat. Visual yang agak ‘kartun’ tampak menarik di mata dan dicipta untuk mengurangkan elemen yang kejam dalam permainan. 

    3. Free Fire - Battleground

    Permainan mudah alih keluaran Garena ini bukan saja mempunyai grafik yang mengagumkan berbanding lain tapi juga lancar dan tidak mengorbankan beberapa elemen utama seperti mod berpasukan dan kenderaan.

    Bagaimanapun, petanya agak besar dan ia tidak begitu sempurna kerana jumlah pemain lebih kecil berbanding ‘game’ lain jadi anda akan rasa lebih menyendiri sehingga zon selamat dikecilkan. Tapi sudah tentunya apabila anda terserempak dengan kawan dalam permainan, mereka akan membunuh anda, jadi perlu sentiasa berhati-hati.

    4. Pixel Gun 3D

    Permainan ini sudah lama dikeluarkan berbanding yang lain dan ia antara yang paling banyak ciri. Tema Minecraft digunakan bagi membawa pemain dalam perspektif ‘first-person’ ke dunia dengan pelbagai aktiviti. Sebagai contoh, anda boleh membina bangunan, mencipta senjata dan terdapat ‘loot chest’ untuk pemain.

    Komunitinya juga sudah berpengalaman jadi tidak hairanlah jika musuh anda begitu hebat mengawal perlawanan. Agak mustahil untuk anda merasa bosan kerana terlalu banyak perkara boleh dibuat. Sebagai versi yang dipindahkan dari PC, ia menyokong 10 pemain dalam satu perlawanan di 35 peta berbeza yang penuh dengan senjata, barangan dan pelbagai mod untuk keseronokan bersama.

    5. Fortnite Battle Royale Versi Peranti Pintar 

    Tak lama lagi, ‘game’ kegemaran ramai, Fornite Battle Royale akan hadir ke peranti pintar. Walaupun maklumat mengenainya tak banyak didedahkan tapi anda boleh harapkan corak permainan serupa dan tentunya sokongan ‘crossplay’! Fungsi ini membolehkan anda bermain dengan rakan lain di platform berbeza.

    Sebagai contoh, anda bermain di peranti pintar dan bekerjasama dengan pemain lain di konsol. Buat sementara ini, pendaftaran dibuka untuk pengguna iOS saja. Pengguna Android perlu menunggu bagi permainan itu hadir tidak lama lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: '5 Battle Royale On The Go' Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top