My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 19 March 2018

    Nikmati Kehidupan Solo



    Selepas berpisah dengan Justin Theroux pada 15 Februari lalu, aktres Hollywood Jennifer Aniston memaklumkan belum bersedia kembali menjalin kasih. Kata Jennifer, dia mahu menikmati kehidupan solonya dan belum terfikir kembali bercinta dalam waktu terdekat. 

    “Saya tidak berminat menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki buat masa ini. Saya gembira menjalani kehidupan solo tanpa ditemani sesiapa. Malah, saya juga lebih tenang serta dapat fokus terhadap banyak perkara selain menghiburkan diri sendiri,” katanya.

    Sejak berita perpisahannya tular, kisah hidup Jennifer menjadi perhatian peminat seluh dunia tetapi dia tetap bersikap profesional. "Ini perkara yang perlu saya lalui apabila bergelar selebriti. Saya tidak kisah jadi perhatian asalkan tak keterlaluan,” katanya.

    Meskipun sudah berusia 49 tahun, Jennifer disenaraikan sebagai antara selebriti wanita paling cantik di Hollywood. Bagaimanapun, tuan punya badan tidak berasakan dirinya cantik dan seksi. “Saya melihat Kate Moss dan Gisele Bundchen sebagai wanita sempurna. Sejak kecil, saya kagum dengan rambut Valerie Bertinelli yang sentiasa kelihatan segar dan terurus dalam apa juga keadaan.

    “Saya hanya rasa diri saya menarik apabila bangun tidur dan berada di karpet merah. Namun, selepas seharian bekerja dan balik ke rumah, saya tidaklah secantik yang diperkatakan,” kata Jennifer.

    Dalam perkembangan lain, Jennifer kini menanti tayangan dua filem terbaharunya iaitu The Yellow Birds dan Dumplin.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Nikmati Kehidupan Solo Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top