My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 9 March 2018

    Farid Kamil Didakwa Hari Ini



    Pelakon dan pengarah filem ter­kenal, Datuk Farid Kamil Zahari, 37, akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas tuduhan membuat laporan palsu dianiaya oleh tiga rakan artis yang dipercayai meletakkan dadah dalam minumannya. 

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisio­ner Fadzil Ahmat berkata, hasil siasatan terhadap tiga individu itu mendapati laporan polis yang dibuat oleh Farid Kamil adalah tidak berasas dan sengaja mereka bukti palsu. Bagaimanapun, katanya, seorang rakan artis pelakon itu, Sofi Jikan didapati positif dadah jenis ganja dan telah didakwa di mahkamah.

    “Kertas siasatan telah diserahkan kepada Pengarah Perunda­ngan Negeri Selangor yang me­ngarahkan Farid Kamil didakwa mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan kerana memberikan keterangan palsu.

    “Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara tiga tahun dan denda mengikut Seksyen 193 kanun yang sama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Maj­lis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Farid Kamil Didakwa Hari Ini Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top