Sudah lebih setengah bulan berlalu sejak perkhidmatan MyBAS Terengganu di perkenalkan di Kuala Terengganu dan kawasan sekitarnya. Pengenalan MyBAS ini juga sekaligus dianggap berjaya mengubah cara dan sistem pengangkutan awam di pusat bandar terengganu dan sekaligus menjadi satu kemudahan yang amat diperlukan di negeri ini.
Peluang penulis untuk merasai sendiri kemudahan pengangkutan awam yang menghubungkan Kuala Terengganu ke beberapa laluan utama baharu iaitu T102 dari Kuala Terengganu ke Jeti Merang melalui Lapangan Terbang Sultan Mahmud menampakkan satu anjakan postif terhadap sistem pengangkutan awam di negeri ini.
Ketika menemubual salah seorang warga Kuala Terengganu semasa menunggu ketibaan bas ke Jeti Merang, beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Awang memberitahu, pada mulanya, dia dan rata-rata penduduk di Kuala Terengganu agak bimbang tentang tambang bas yang mungkin akan lebih tinggi daripada perkhidmatan bas sebelum ini.
Namun, sebaik MyBAS Terengganu memulakan operasi 1 Mac yang lalu, nyata anggapan awalnya jauh meleset. Tambang yang dikenakan cukup murah dan paling utama, keselesaan penumpang uang menaiki bas berkenaan juga berada pada tahap yang amat baik.
Tambahnya lagi, perkhidmatan MyBAS Terengganu ini lebih menyeluruh dengan menjadikan Kuala Terengganu sebagai pusat operasi bas berkenaan untuk menghubungkan beberapa lokasi menarik yang berhampiran dengan Ibu Negeri Terengganu ini.
Malah, rata-rata pengguna kenderaan awam ini juga amat berterima kasih dengan kerajaan negeri, kerajaan pusat khususnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) yang dilihat berjaya menaik taraf mutu perkhidmatan MyBAS Terengganu ini selaras dengan imej Terengganu sebagai pusat pelancongan utama di negara ini.

0 comments:
Post a Comment