My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 13 March 2018

    Dua Hari Terperangkap Dalam Gaung



    LELAKI diselamatkan selepas dua hari terperangkap dalam gaung di Jalan Samarakan, Bintulu, petang kelmarin. Difahamkan, mangsa berusia 50 tahun itu terperangkap dalam gaung sedalam 20 meter itu selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dalam kejadian 3 pagi, Sabtu lalu. 

    Sumber memberitahu, mangsa ditemui hanya berseluar dalam dan berada dalam keadaan lemah oleh penduduk rumah panjang berhampiran, 6.20 petang kelmarin. "Toyota Hilux dipandu mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam gaung berkenaan. Kejadian tidak disedari pengguna lalu lintas lain kerana keadaan gaung yang agak dalam dan sukar dilihat dari jalan. 

    "Bagaimanapun, penduduk rumah panjang yang kebetulan melalui kawasan itu curiga melihat keadaan dahan pokok yang patah sebelum melakukan pemeriksaan lanjut, seterusnya membawa penemuan mangsa," katanya.

    Sumber berkata, mangsa dipercayai cuba merangkak keluar dari kawasan gaung berkenaan, namun gagal disebabkan keadaannya yang lemah, selain turut cedera susulan kemalangan menimpanya. Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Nor Hisham Mohammad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan 6.40 petang berhubung penemuan lelaki itu.

    Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat. "Pasukan bomba perlu turun ke gaung sedalam 20 meter untuk membawa mangsa yang ditemui dalam keadaan lemah dan cedera berdekatan Toyota Hilux yang remuk," katanya.

    Nor Hisham berkata, mangsa kemudiannya diberi rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Bintulu rawatan lanjut. Tambahnya, operasi menyelamatkan mangsa selesai sepenuhnya 7.30 malam dan kes berkenaan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dua Hari Terperangkap Dalam Gaung Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top