My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 21 February 2018

    Manfaat Dividen KWSP



    Persatuan Pengurusan Kewangan dan Harta Islam Malaysia (AIFiWM) menggalakkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melakukan pelaburan alternatif bagi memanfaatkan dividen KWSP yang diumumkan, baru-baru ini. 

    Presidennya Rohani Datuk Mohd Shahir berkata, pencarum boleh melakukan aktiviti terbabit melalui simpanan dan agihan dividen di akaun 1 dan akaun 2 KWSP. “Langkah ini dilihat sebagai pilihan yang paling tepat bagi pencarum dalam mengoptimumkan simpanan dan dividen yang diperoleh. 

    “Sekali gus mempelbagaikan nilai pelaburan dan mendapatkan pulangan lebih baik pada masa depan,” katanya di sini, semalam.

    Beliau berkata, pencarum sememangnya dibenarkan untuk melakukan pelaburan melalui akaun 1 dengan melabur di unit yang dikendalikan pengurus dana ditetapkan KWSP. Menurutnya, bagaimanapun pencarum perlu meneliti unit pelaburan terlebih dahulu bagi memastikan ia mampu menjana pulangan lebih tinggi dan menawarkan risiko kerugian minimum.

    “Mereka boleh merujuk kepada badan pemantau bagi pengurusan dana bebas seperti Lippers dan Morningstar yang memberi penarafan kepada unit pelaburan yang memiliki prestasi baik dan berpotensi untuk memberi pulangan positif,” katanya.

    Rohani berkata, simpanan dan dividen di akaun 2 KWSP boleh digunakan bagi membayar pendahuluan dan menyelesaikan baki pinjaman perumahan rumah pertama serta membiayai kos pendidikan.

    Beliau berkata, pencarum juga boleh menggunakan akaun 2 KWSP untuk melabur secara tidak langsung di mana jumlah wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar baki pinjaman perumahan atau pendidikan pada setiap bulan itu boleh digunakan untuk melakukan pelaburan alternatif.

    “Secara keseluruhan, saya berpendapat adalah lebih baik jika pencarum menggunakan dividen dan simpanan di akaun KWSP untuk tujuan pelaburan alternatif bagi menjana lebih banyak simpanan dan pendapatan untuk tempoh jangka panjang,” katanya.

    Sebelum ini, KWSP mengisytiharkan dividen sebanyak 6.40 peratus untuk simpanan syariah dengan agihan dividen RM3.98 bilion dan dividen 6.90 peratus (simpanan konvensional) dengan jumlah agihan RM44.15 bilion.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Manfaat Dividen KWSP Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top