My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 23 February 2018

    Dua Tender Besar



    Kontraktor tempatan berpeluang untuk membida sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kerja sivil bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bernilai RM55 bilion pada April ini. 

    Kontrak bidaan berkenaan yang dianggarkan bernilai ‘beberapa bilion ringgit’ dijangka melonjakkan buku tempahan kontraktor seperti Gamuda Bhd, IJM Corp Bhd, Gabung AQRS Bhd, WCT Holdings Bhd, WZ Satu Bhd dan Fajarbaru Builder Group Bhd yang dilaporkan sebagai pesaing dalam bidaan berkenaan.

    Ketua Pembinaan Malaysia Rail Link, Noor Azlan Salleh berkata, tahun ini bakal menyaksikan dua set tender yang bakal dilupuskan iaitu satu pada April dan seterusnya berkemungkinan pada Oktober ini.

    “Apa yang cuba kita lakukan pada tahun ini adalah untuk memulakan kerja infrastruktur khususnya bagi kerja kekal. Kerja lanjutan kini dikendalikan oleh kontraktor utama, China Communications Construction Company.

    “Untuk memulakan kerja kekal, 30 peratus daripada kerja awam akan dianugerahkan kepada kontraktor tempatan pada April. Bagaimanapun, kerja bagi kontraktor ini tidak hanya terbatas kepada perkara berkenaan saja. Mereka berpeluang untuk membida bagi kerja lain seperti sistem kerja dan lain-lain,” katanya pada taklimat media di sini, semalam.

    Menurutnya, pihaknya masih tidak mempunyai nilai yang tepat bagi tender pertama untuk dianugerahkan kepada kontraktor tempatan. “Kami sedang merumuskannya secara keseluruhan dan ia dianggarkan bernilai beberapa bilion ringgit,” katanya.

    Noor Azlan berkata, 60 peratus daripada kerja pembinaan keseluruhan bagi projek ECRL itu terdiri daripada kerja infrastruktur dan baki 40 peratus lagi membentuk sistem kerja. “Kerja persediaan serta kerja benteng tanah ketika ini sedang berjalan lancar dan mencatatkan kemajuan yang baik. 

    “Sekurang-kurangnya 45 terowong di pelbagai tapak dengan jumlah keseluruhan 49 kilometer akan dibina sepanjang jajaran ECRL sejauh 688 kilometer. Sebuah daripadanya ialah terowong Genting sepanjang 16.375 kilometer, laluan terowong terpanjang di negara ini. Ia adalah terowong berkembar dari Bentong ke Gombak,” katanya.

    Menurutnya, terowong Genting akan digerudi menggunakan dua mesin tunnel boring (TBM). TBM itu dijangka tiba di Pelabuhan Klang dari China pada November dan kerja penggerudian akan bermula suku pertama 2019.

    Noor Azlan juga berkata, projek yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor, Kelantan, akan menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 18,000 pekerja pada masa kemuncaknya, yang dijangkakan dalam suku ketiga 2019.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dua Tender Besar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top