Ramai yang masih beranggapan bahawa apa sahaja yang cuba di bawa oleh MCA, pasti akan cuba dikaitkan dengan DAP. Walaupun sejak dari awal pembentukan Parti Perikatan, MCA adalah rakan paling rapat dengan UMNO sehingga terbentuknya Barisan Nasional, namun semua sejarah berkenaan cuba dipadamkan terus oleh DAP menerusi dakyah-dakyah mereka.
Seperti sedia maklum, DAP akan menggunakan apa sahaja helah untuk meyakinkan rakyat terutamanya kaum Cina bahawa merekalah suara paling kuat dalam membela nasib kaum Cina di negara ini. Hakikatnya, sejak awal kemerdekaan sehingga hari ini, MCA dan Gerakan merupakan suara tunggal rakyat dari kaum Cina ke peringkat atasan mahupun Parlimen.
Sejak beberapa penggal yang lalu, DAP cuba menanamkan kebencian terhadap MCA kepada rakyat dari kaum Cina kononnya MCA telah merendahkan martabat kaum Cina menjadi bangsa kelas kedua di negara ini. Hakikatnya, tiada istilah pembahagian kelas antara kaum di negara ini kerana bagi BN, baik Melayu, Cina mahupun India dan lain-lain kaum, kesemuanya penting untuk membangunkan negara ini.
Lebih teruk lagi, DAP telah menjalankan hasutan jahat mereka menerusi wakil-wakil mereka kedalam kaum Melayu untuk meletakkan MCA setaraf DAP atau dalam bahasa mudahnya, "balaci" buat DAP. Ini sekaligus menyaksikan penolakan kaum Melayu terhadap calon MCA sehingga banyak menimbulkan masalah setempat di sesebuah kerusi Parlimen.
Ramai yang beranggapan, sekiranya memberikan undi kepada MCA, samalah ertinya memberikan undi kepada DAP walhal, mereka terlupa akan sejarah bahawa MCA adalah rakan rapat UMNO yang menjadi antara parti teras di dalam Barisan Nasional. Malah, pembawakan fahaman politik dan idealogi agama juga jelas berbeza berbanding DAP.
Memang benar, kebanyakan calon DAP di lihat lebih gemar berbahasa Melayu di kawasan pengundi yang majoritinya Melayu. Namun harus diingat, di Malaysia hari ini, kita mempunyai lebih 7 dialek, berpuluh-puluh bahasa dan ada diantaranya masih mengekalkan penggunaan bahasa ibunda, sesuai dengan kepelbagaian kaum yang ada di negara ini.
Apa yang harus diberi perhatian adalah, MCA masih kekal menjadi rakan paling setia UMNO di dalam Barisan Nasional walaupun pernah satu ketika, MCA berada pada kedudukan paling lemah. Malah, MCA juga pernah membantu UMNO untuk bangkit semula sewaktu UMNO diharamkan satu ketika dahulu.
Semua ini hasil kesepakatan antara UMNO dan MCA dan bukannya UMNO dan DAP mahupun MCA dan DAP. Sejak dahulu, UMNO dan MCA sentiasa berganding bahu, jatuh bangun bersama malah bekerja bersama demi rakyat yang berbilang kaum, idealogi, agama demi mahu membangunkan sebuah negara bernama Malaysia.
0 comments:
Post a Comment