My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 21 February 2018

    691 PATI Diusir



    SERAMAI 691 pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah dihantar pulang ke Filipina melalui Pelabuhan Sandakan, malam tadi. Semua PATI berkenaan berusia sebulan hingga 70 tahun dihantar dengan menaiki kapal ke Zamboanga, Filipina. 

    Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, Datuk Rodzi Md Saad, berkata, PATI berkenaan terdiri daripada 425 lelaki, 161 wanita dan 106 orang kanak-kanak, menjadikan jumlah PATI yang diusir dari negeri ini bagi tahun 2018 sehingga malam tadi ialah 3,036 orang.

    "Dalam tempoh sama, seramai 80 PATI warga Pakistan, China dan Korea dihantar melalui pengangkutan udara, manakala 2,956 PATI warga Filipina dan Indonesia diusir melalui laluan laut," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

    Mohd Rodzi berkata, bagi jumlah PATI yang diusir pada tahun lalu hingga kini ialah 15,008 orang, manakala jumlah yang diusir dari negeri ini termasuk yang pulang secara sukarela sejak 1990 hingga malam tadi pula seramai 566,890 orang.

    Mengulas lanjut, beliau berkata, penghantaran balik PATI adalah komitmen berterusan kerajaan dalam menangani masalah kehadiran PATI di Sabah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 691 PATI Diusir Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top