My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 23 February 2018

    Lelaki Hilang Selepas Terjun Sungai



    Seorang lelaki tempatan hilang dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai Imbak di Tongod petang semalam. Dalam kejadian kira-kira 6.50 petang tersebut, mangsa, 56, dikatakan menuju ke sebuah jambatan berhampiran sebelum bertindak terjun ke dalam sungai terbabit. 

    Seorang anak mangsa berusia enam tahun yang menyaksikan insiden tersebut memaklumkan, selepas terjun ke dalam sungai bapanya tidak timbul di permukaan. Lebih membimbangkan sehingga kini dia masih belum ditemui.

    Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superitendan A. Sahak Rahmat, mengesahkan mengenai kejadian berkenaan. Menurut A. Sahak, pada peringkat awal selepas menerima maklumat daripada kanak-kanak itu ahli keluarga dan penduduk kampung berusaha mencari mangsa namun, mangsa gagal kerana hari semakin gelap.

    “Sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan pada hari ini dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Siasatan juga dijalankan bagi mengenal pasti punca lelaki tersebut terjun ke dalam sungai,” katanya ketika dihubungi hari ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lelaki Hilang Selepas Terjun Sungai Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top