Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohammad Zainal Abdullah berkata, anggota polis itu ditahan di Balai Polis Parit selepas penuntut berumur 20 tahun itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar pada pukul 5 petang.
Katanya, sebelum kejadian, anggota polis itu menahan mangsa bersama teman lelakinya kerana berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah kereta di tepi jalan Parit-Seri Iskandar sebelum membawa pasangan itu ke sebuah kedai makan di sini pada 12 tengah hari.
“Ketika berada di kedai makan anggota polis itu didakwa meminta suapan sebanyak RM700 daripada pasangan itu dan memberi tempoh dua minggu untuk mereka jelaskannya jika tidak mahu dia membuat laporan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
"Anggota terbabit kemudian meminta untuk menghantar penuntut terbabit pulang ke pusat kemahiran sebelum mencabul mangsa di dalam keretanya," katanya.
Mohammad Zainal berkata, anggota polis yang telah berkhidmat selama dua tahun itu kini direman empat hari mulai hari ini. Beliau berkata, pihak polis tidak akan melindungi mana-mana anggotanya yang melakukan kesalahan dan tindakan sewajarnya akan dikenakan sekiranya benar mereka bersalah.
0 comments:
Post a Comment