Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, pihaknya menerima laporan kecurian rim kereta yang berlaku kira-kira 6 pagi semalam. Bertindak atas laporan itu, pihaknya menjalankan risikan dan berjaya mengesan sebelum menahan ketiga-tiga suspek di rumah masing-masing, 5.30 petang semalam.
"Sebelum ini dua laporan diterima berhubung kes kecurian rim kereta di daerah Serian. Hasil penahanan ketiga-tiga suspek warga tempatan itu, polis menemui semula sejumlah rim yang dipercayai mereka curi dan turut ditemui sejumlah peralatan yang digunakan untuk mencuri," katanya dalam kenyataan, hari ini.Aswandy berkata, ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Serian untuk mendapatkan perintah tahanan reman, hari ini. "Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri," katanya.

0 comments:
Post a Comment