Kata orang, jika sudah terlalu banyak perkara yang tidak betul di lakukan, seseorang itu akan cepat menggelabah dan mula mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal. Paling tidak pun, seseorang itu memilih untuk diam dan tidak akan mengulas sebarang pertuduhan yang dilemparkan keatasnya.
Inilah yang berlaku terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung skandal terowong dasar laut yang terus menghantui kerajaan Pulau Pinang, DAP negeri dan dirinya sendiri. Jika dahulu dia lebih banyak melenting dan mempersoalkan kembali setiap persoalan yang dilemparkan kepadanya, hari ini, Lim Guan Eng seolah-olah sudah hilang kata-kata.
Begitu banyak persoalan dilemparkan kepadanya yang mana kesemua persoalan ini disertakan dengan fakta dan angka yang tepat. Tidak kira dari Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong dari MCA, persoalan yang sama turut dilemparkan oleh Gerakan dan juga Datuk Huan Cheng Guan dari Parti Cinta Malaysiia.
Kesemua persoalan demi persoalan yang diajukan, langsung tidak diambil peduli oleh Lim Guan Eng. Sebaliknya, dia kekal dengan pendiriannya bahawa segala transaksi melibatkan terowong berkenaan adalah betul walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menyiasat semua bukti yang mereka terima berhubung skandal berkenaan.
Boleh dikatakan, Lim Guan Eng kini seperti sudah terperangkap dalam permainan yang dia sendiri cipta. Dia seolah-olah sudah tidak tahu bagaimana untuk menjawab segala persoalan yang dilemparkan keatasnya. Oleh yang demikian, mungkin bagi Lim Guan Eng, jalan terbaik adalah mendiamkan diri dan berharap, isu ini berlalu begitu sahaja.
Mungkin Lim Guan Eng menganggap, langkah ini sebagai jalan paling selamat untuknya. Namun dia terlupa, setiap seorang warga Pulau Pinang dan seluruh rakyat Malaysia secara amnya, ingin tahu, kemana hilangnya lebih RM 300 juta untuk projek yang tidak nampak bayang untuk disiapkan.
Juga ramai yang ingin mengetahui, bagaimana Lim Guan Eng menilai kontraktor yang ingin memajukan projek berkenaan sehinggakan syarikat kosmetik pun boleh tersenarai sama dalam skandal projek ini. Paling teruk lagi, andai Lim Guan Eng terus mendiamkan diri, ini bermakna, segala pertuduhan yang dilemparkan keatasnya ini adalah benar dan dia sekali lagi terperangkap dalam penipuan yang dicipta olehnya sendiri.
0 comments:
Post a Comment