My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 9 February 2018

    Cemas Menantu Nak Bersalin



    "Hanya Tuhan tahu betapa gembiranya saya dapat menatap wajah cucu pertama,” demikian luahan suri rumah, Jeleni Sadan, 47, ibu mentua mangsa banjir yang terperangkap di Rumah Panjang Libai Nanga Dong, pagi semalam. 

    Mangsa, Josephine Nadia Pren, 27, diselamatkan sepasukan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) apabila kawasan penempatan itu terputus hubungan selepas satu-satunya laluan penghubungnya ditenggelami banjir.

    Josephine kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Nanha Entabai, di sini, bagi memeriksa kandungannya sebelum dipindahkan ke Hospital Sarikei untuk menjalani pembedahan.

    Menurut Jeleni, ketika kejadian, paras air mulai surut, namun mereka berdepan kesukaran kerana laluan utama ke Pekan Pakan masih ditenggelami banjir. “Keadaan menjadi cemas apabila menantu saya mengadu sakit perut sejak kelmarin. Ketika itu, saya amat risaukan keselamatan menantu saya dan cucu dalam kandungannya.

    “Bagaimanapun, saya menarik nafas lega selepas dia berjaya diselamatkan,” katanya. Jeleni berkata, walaupun berdepan kesukaran sejak kelmarin, dia kini bersyukur kerana menantunya melahirkan bayi perempuan yang sihat dan comel.

    “Tiada apa yang saya dapat ucapkan melainkan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit terutama APM dan pasukan perubatan,” katanya.

    Sementara itu, jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sarikei Leftenan Mackinly Jores berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Klinik Kesihatan Nanga Entabai yang memohon bantuan membawa mangsa untuk bersalin, selain mengalami komplikasi kesihatan. 

    Bagaimanapun, katanya, pergerakan ke lokasi menghadapi kesukaran kerana laluan penghubung ditenggelami banjir. “Jarak perjalanan pula kira-kira 35 kilometer dari Pekan Julau. Pihak Klinik Kesihatan Nanga Entabai diarahkan untuk memantau keadaan pesakit sambil mendapatkan khidmat nasihat pakar dari Hospital Sibu.

    “Pada jam 8.15 malam semalam (kelmarin) mangsa berjaya dihantar ke Klinik Kesihatan Julau untuk pemeriksaan sebelum dikejarkan ke Hospital Sarikei dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4WD) milik Klinik Kesihatan Julau. Operasi ini turut dibantu penduduk setempat,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Cemas Menantu Nak Bersalin Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top