My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 13 February 2018

    Bagaimana Mahathir Mahu Jadi PM Sedangkan Istana Sudah Menolaknya?



    Jika di perhatikan, memang tinggi impian Tun Dr Mahathir Mohamad, memang cukup tinggi. Impian untuk menjadi Perdana Menteri semula dengan membawa Pakatan Harapan membentuk sebuah kerajaan adalah satu impian yang dia sendiri sedar, amat sukar untuk dilaksanakan.

    Manakan tidak, Mahathir sendiri terpaksa membawa satu pakatan pembangkang yang penuh kucar kacir dan tidak terurus. Malah, lebih daripada itu, Mahathir sendiri berhadapan dengan kekurangan keyakinan dari rakyat yang rata-rata masih mengingati apa yang telah mereka harungi sepanjang dia menjadi Perdana Menteri, satu ketika dahulu.

    Namun begitu, halangan yang paling besar yang harus ditempuhi Mahathir dan Pakatan Harapan adalah, meyakinkan pihak istana bahawa Mahathirlah individu yang paling layak dicalonkan oleh pakatan pembangkang berkenaan sebagai calon Perdana Menteri.

    Manakan tidak, umum sedia maklum bahawa Mahathir sendiri berhadapan dengan krisis dengan 3 istana, Istana Johor, Istana Selangor dan Istana Kelantan yang mana Paduka Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V kini menjadi Yang DiPertuan Agong.

    Bagaimana Mahathir mahu meyakinkan pihak Istana bahawa dialah calon paling layak untuk menjadi Perdana Menteri jika dilihat dari keadaan semasa hari ini? Bukankah Mahathir dan gerombolan pemimpin Pakatan Harapan harus menghadap kepada Kebawah Duli Tuanku untuk mempersembahkan nama yang difikirkan layak untuk diangkat sebagai Perdana Menteri?

    Memandangkan Duli Yang Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong kini adalah Sultan Kelantan yang mana Baginda sendiri menitahkan untuk Mahathir memulangkan semula pingat kebesaran negeri yang diterima olehnya, ianya adalah isyarat jelas bahawa pihak Istana Negara telah menolak sebarang usaha untuk mengangkat Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri.

    Seluruh rakyat terutamanya rakyat Kelantan amat mengenali ketegasan Paduka Sultan Muhammad V dalam membuat keputusan dan boleh dikatakan, amat mustahil buat Mahathir meyakinkan kesemua 9 orang Sultan bahawa dialah yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri seandainya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan kelak.

    Justeru itu, dari menyesakkan kepala memikirkan kemungkinan Mahathir di angkat sebagai Perdana Menteri sekali lagi, adalah lebih baik rakyat memilih gabungan parti yang telah berjaya membentuk sebuah kerajana yang stabil dan mampu menjalinkan kerjasama yang baik dengan pihak Istana. Gabungan parti berkenaan adalah Barisan Nasional.

    *Artikel ini diterbitkan pada 13 Februari 2018
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bagaimana Mahathir Mahu Jadi PM Sedangkan Istana Sudah Menolaknya? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top