My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 9 February 2018

    Nak Sangat Bini Ramaikan?



    KEJADIAN seorang lelaki menggantung diri di Ciledug, Tangerang, dekat Jakarta, hari ini, dipercayai kerana tertekan memenuhi permintaan tiga isterinya. 

    Media Indonesia melaporkan, Ketua Polis Ciledug, Supiyanto, berkata mayat Mahyudin, 36, ditemui tergantung dengan kain tudung di loteng rumah oleh seorang daripada tiga isterinya yang tinggal bersama di rumah berkenaan.

    Menurut Tribun News, beliau berkata, seorang isteri mangsa memberitahu sebelum kejadian, Mahyudin kelihatan gelisah, termasuk mundar-mandir di tepi jalan di tepi rumah. “Dua isteri mangsa yang berbual sambil minum di depan rumah, nampak Mahyudin yang gelisah mundar-mandir di tepi jalan.

    “Mahyudin kemudian masuk ke dalam rumah. Seorang isteri mangsa memanggilnya, namun tiada jawapan lalu memeriksa dalam rumah dan mendapati mangsa sudah tergantung,” katanya.

    Menurut Supiyanto, isteri mangsa mengaku Mahyudin mungkin tertekan untuk memenuhi permintaan isterinya, namun tidak menyatakan apa permintaan terbabit.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Nak Sangat Bini Ramaikan? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top