My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 23 February 2018

    Bukan Hanya Hafizh, Mekanik Juga Dari Malaysia


    SELEPAS pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menjejakkan kaki dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini, mekanik Malaysia mungkin turut mengikut langkah sama untuk berada di pentas tertinggi perlumbaan jentera dua roda itu. 

    Hafizh bercadang untuk membawa Habib atau nama sebenarnya Habibtullah Mohamad Fuad menyertai pasukan Monster Yamaha Tech3 yang berpangkalan di Perancis kerana telah bersamanya lebih 10 tahun dalam kancah perlumbaan tempatan dan saingan dunia.

    “Saya telah mengenali Habib sejak 2007 dan dia merupakan rakan terbaik sejak saya beraksi dalam perlumbaan MotoGP. Namun saya tidak melupakan Habib kerana saya akan cuba bawa dia ke dalam pasukan tahun ini.

    “Selalunya pasukan akan bertanyakan kepada saya mengenai mekanik masa buat masa ini saya tidak boleh membuat keputusan sesuka hati. Saya akan berbincang dengan pasukan terlebih dahulu,” katanya.

    Hafizh telah bekerjasama dengan Habib, 32, sejak beraksi dalam perlumbaan Cub Prix 2008 dan seterusnya mengekori pelumba negara tersebut mengembangkan bakatnya ke kempen Kejuaraan Remaja Dunia (CEV) Sepanyol (2012 dan 2013) sebelum ke perlumbaan Moto2 pada musim 2014.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bukan Hanya Hafizh, Mekanik Juga Dari Malaysia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top