My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 22 February 2018

    Masih Mampu Tersenyum Lebar



    Seorang lelaki dipercayai pesakit mental keluar dari kamar Mahkamah Tinggi Kuching, di sini, tersenyum lebar menunjukkan dua jarinya sebagai simbol keamanan selepas mahkamah membenarkan permohonan reman terhadapnya, semalam. 

    Lelaki berusia 36 tahun dari Kampung Siol Kandis, di sini, itu direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan selepas melarikan ambulans milik sebuah hospital swasta di pekarangan Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, kelmarin.

    Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap polis tiba di pekarangan mahkamah pada jam 10 pagi diiringi polis untuk permohonan reman. Majistret Sandy Yvette Freddy membenarkan permohonan reman terhadap lelaki itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor.

    Sekiranya didapati bersalah, suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih daripada tujuh tahun dan boleh dikenakan denda. Dalam kejadian jam 12.50 tengah hari kelmarin, lelaki terbabit menyusup masuk ke dalam ambulans milik sebuah pusat perubatan swasta ketika petugas menurunkan pesakit di HUS sebelum melarikan kenderaan itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Masih Mampu Tersenyum Lebar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top