My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 23 February 2018

    Didenda RM1.05 Juta, Jel 14 Hari



    Bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Rapid Penang dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1.05 juta dan penjara 14 hari oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku dia bersalah atas tiga pertuduhan ra­suah berjumlah RM210,000 di antara 2014 sehingga 2016. 

    Hakim Dasuki Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Shukri Abdul Rahman, 55, selepas dia mengaku bersalah sejurus pertuduhan tersebut dibacakan kepadanya.

    Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menerima suapan wang tunai dalam tiga transaksi daripada Jayonik MSC Sdn. Bhd. sebagai dorongan membantu syarikat itu bagi mengeluarkan surat pelantikan untuk projek yang dianggarkan bernilai RM8 juta.

    Projek itu dikenali sebagai Develop, Design, Manufacture, Supply, Delivery, Installations, Testing, Commissioning and Warranty of Bus Simulator System for Prasarana. Bagi transaksi pertama, tertuduh didakwa menerima suapan RM100,000 pada 12 Mac 2014 menerusi akaun milik rakannya di Hong Leong Bank cawangan Beserah di sini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Didenda RM1.05 Juta, Jel 14 Hari Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top