My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 13 February 2018

    Sofi Jikan Mengaku Tidak Salah Penyalahgunaan Dadah THC



    Pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan penyalahgunaan dadah jenis hydrocannabinol (THC) minggu lalu. 

    Sofi Jikan atau nama sebenar­nya Mohamad Shoffi Jikan, 48, tiba di mahkamah pada pukul 9.15 pagi membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurulhuda Zakariya.

    Mengikut pertuduhan, pelakon yang popular dengan dialog 'Wa Kasi Sengat' dalam filem KL Gangstar itu didakwa menggunakan dadah berbahaya jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid (THC) di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pukul 11.15 malam pada 6 Februari lalu.

    Berikutan itu Sofi didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Mac depan untuk sebutan semula kes.

    Dalam prosiding sebentar tadi pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy manakala pelakon itu diwakili peguam Datuk Haniff Hassan. Pada Jumaat lalu, Sofi dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman selama tiga hari untuk membantu siasatan berhubung laporan polis dilakukan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sofi Jikan Mengaku Tidak Salah Penyalahgunaan Dadah THC Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top