My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 20 February 2018

    Sebab Kebab Pun Nak Bercerai



    SELEPAS 40 hari bergelar isteri, seorang wanita nekad mahu menamatkan perkahwinannya selepas suaminya enggan membelikannya kebab (shawarma), lapor portal berita Mesir, Masrawy. 

    Arab News, semalam melaporkan wanita bernama Sameeha itu berang apabila suaminya enggan membeli kebab berkenaan ketika mereka keluar berdua. Dia sebaliknya cuma membelikan minuman jus.

    “Perkahwinan kami memang tradisional. Saya cuma mengenalinya dua bulan sebelum majlis diadakan dan tidak pernah menyangka betapa kedekutnya dia.

    “Ketika minggu pertama perkahwinan kami, dia mengaku tidak suka keluar ke mana-mana kerana dianggap membazir,” katanya kepada Masrawy.

    Menurutnya, suaminya itu menuduhnya ‘mengeksploitasi kekayaannya’ apabila mendesak mahukan kebab selepas dibelikan jus. Kes itu baru difailkan di mahkamah Mesir dan belum diputuskan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sebab Kebab Pun Nak Bercerai Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top