My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 12 February 2018

    Jampi, Hael Husaini Juara AJL32


    Teka-teki pemenang Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) terjawab apabila lagu nyanyian Hael Husaini hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong dinobatkan sebagai Juara. Kemenangan tersebut sekali gus melayakkan Hael Husaini membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, trofi dan baucer beli-belah atas talian, CJ Wow Shop bernilai RM10,000. 

    Sementara itu, tempat kedua pula dimenangi oleh Faizal Tahir dan Mike Chan menerusi lagu Sejati hasil ciptaaan sepenuhnya oleh mereka dengan memperoleh hadiah wang tunai berjumlah RM35,000, trofi dan baucer CJ Wow Shop bernilai RM2,000.

    Kedudukan tempat tiga pula diraih oleh Haqiem Rusli menerusi lagu Tergantung Sepi ciptaan Gouffran dan Ibnu membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, trofi, baucer CJ Wow Shop RM2,000.

    Selain tiga kedudukan utama, penyanyi Syamel dan Ernie Zakri turut dinobatkan sebagai pemilik trofi Vokal Terbaik menerusi lagu Aku Cinta, ciptaan Syamel sepenuhnya menerima hadiah wang tunai RM12,000, trofi dan baucer CJ Wow Shop RM2,000.

    Dalam pada itu, pemenang kategori Persembahan Terbaik disandang oleh Altimet menerusi lagu Amboi ciptaan Navigator dan Altimet dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM12,000, trofi, baucer CJ Wow Shop RM2,000 serta telefon pintar Samsung A8.

    Bagi kategori Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung, penerimanya dimenangi oleh Khai Bahar sekali gus membawa pulang sebuah trofi bersama telefon pintar Samsung A8+.

    Pentas turut dihangatkan oleh persembahan bertenaga daripada ratu tari Malaysia, Stacy bersama Waris selain gabungan penyanyi era 1960-an, Datuk A.Rahman Hassan, Datuk Jeffrydin bersama Datuk Awie dan Siti Sarah. Pertandingan AJL32 membariskan 12 selebriti popular tanah air dan dihoskan oleh penyanyi serta pelakon popular, Alif Satar bersama Sherry Al-Hadad.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jampi, Hael Husaini Juara AJL32 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top