My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 21 February 2018

    Rasuah: Dua Pemain Bujang Senang, 'Bookie' Dibebaskan



    Mahkamah Majistret di sini hari ini membebaskan dua pemain bola sepak pasukan Sarawak dan seorang lelaki dipercayai 'bookie' daripada pertuduhan mengatur perlawanan dalam aksi Liga Premier 2018 pada 10 Februari lalu. 

    Majistret Sandy Yvette Freddy memerintahkan ketiga-tiga tertuduh terbabit dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Pada 15 Februari lalu, dua pemain skuad Bujang Senang terbabit iaitu di Mazwandi Zekeria, 29, dan Mohd. Hafiz Abu Bakar, 28, termasuk seorang 'bookie', Mohamad Zaiman Rosli, 34, telah direman selama enam hari bagi membantu siasatan.

    Sebelum itu, ketiga-tiga tertuduh dipercayai terlibat dalam mengatur perlawanan Liga Premier 2018 antara Sarawak dan Felcra FC di Stadium Negeri, Kuching pada 10 Februari lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rasuah: Dua Pemain Bujang Senang, 'Bookie' Dibebaskan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top