My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 21 February 2018

    Dua Perogol Maut Dipijak Beramai-Ramai


    MALANG buat dua lelaki apabila diseret keluar dari lokap polis sebelum dibelasah hingga mati oleh orang awam yang berang dengan kejadian rogol dan bunuh membabitkan seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun. 

    Polis berkata, Sanjay Sobor, 30 yang didakwa melakukan jenayah itu bersama rakan subahatnya, Jagdish Lohar, 25, dibelasah beramai-ramai di sebuah pasar sebelum mayat mereka dibuang di kawasan terbabit dalam kejadian di bandar Tezu negeri Arunachal Pradesh, semalam. Kumpulan itu bagaimanapun bersurai sebelum polis tiba di tempat kejadian.

    “Kejadian berlaku kira-kira jam 12.05 tengah hari apabila sekumpulan 1,000 orang menyerang lokap polis dan mengheret kedua-duanya keluar. Beberapa anggota polis turut cedera dalam kejadian itu,” kata timbalan ketua polis Arunachal Pradesh, Apur Bitin.

    Polis kini mendaftarkan kes terbabit terhadap individu yang tidak dikenali sebagai kes bunuh dan sedang menjalankan siasatan. Sehingga kini, tiada sebarang tangkapan dibuat oleh pihak polis.

    Dua lelaki terbabit didakwa menculik kanak-kanak terbabit pada 12 Februari lalu sebelum mayatnya ditemui lima hari kemudian. Mereka ditangkap pada Ahad lalu sebelum ditahan reman.

    Sanjay dilaporkan membuat pengakuan menculik dan merogol mangsa serta membunuhnya selepas itu menggunakan parang milik Jagdish. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan bogel dengan kepalanya dipenggal di sebuah taman teh.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dua Perogol Maut Dipijak Beramai-Ramai Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top