Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh (gambar) berkata, pihaknya sudah merakamkan keterangan pemain badminton negara itu selepas dia membuat laporan polis berhubung penyebaran klip video berkenaan kelmarin.
“Beliau (Chong Wei) sudah membuat laporan berhubung penyebaran klip video itu semalam (kelmarin) bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan dan sebaik laporan itu dibuat kita telah memanggil beliau untuk merakamkan keterangannya.
“Siasatan berhubung kes berkenaan sedang dijalankan dan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman di Menara 238, Jalan Tun Razak di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment