My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 20 February 2018

    Bila Susah Cari Rakyat, Bila Senang Cari DAP



    Masih ramai yang memandang sinis rayuan dari Tun Dr Mahathir Mohamad, anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang memohon bantuan daripada rakyat untuk melancarkan kempen dan perjalanan PPBM bagi mengharungi Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

    Lebih teruk lagi, ketiga-tiga mereka menganggap, derma yang diberikan kepada mereka sama ertinya seperti mana derma yang disumbangkan oleh warga Tanah Melayu satu ketika dahulu kepada ALmarhum Tunku Abdul Rahman bagi menuntut kemerdekaan negara dari tangan British.

    Hakikatnya, rayuan derma yang mereka buat ini sebenarnya adalah rayuan untuk menghancurkan kestabilan negara. Sebelum ini, mereka adalah individu yang kuat menyatakan bahawa tujuan pengkhianatan mereka ini adalah untuk menyelamatkan negara disamping membantu rakyat keluar dari dihimpit oleh desakan hidup yang cukup menekan hari ini.

    Hari ini, setelah mereka merasakan keperluan dan kedudukan kewangan mereka berada dalam keadaan meruncing, mereka sanggup menagih wang daripada rakyat yang kononnya mereka mahu bantu. Adakah ini yang dinamakan bantuan kepada rakyat? Adakah ini laluan mereka untuk menyelamatkan Malaysia dengan menagih wang dan hak rakyat?

    Apa yang di perhatikan, jika dinilai dari latar belakang keluarga Mahathir sendiri, jika dihimpunkan kesemua harta milik Mirzan, Mokhzani, Marina, Mukhriz dan Mahathir sendiri, merekalah keluarga terkaya di Malaysia. Itu belum lagi mengambil kira jumlah kroni yang dijaga oleh Mahathir. Adakah logik jika kita lihat secara keseluruhannya, Mahathir merayu lagi wang rakyat sedangkan nilai harta dia dan keluarganya sahaja sudah cukup  untuk membiayai perjalanan PPBM?

    Menariknya, apabila mereka merasa sedikit senang, DAP juga akan mereka tatang seperti menatang minyak yang penuh. Memetik tulisan Raja Petra Kamaruddin bulan lalu yang mendakwa Mahathir membelanjakan RM 1 bilion hanya untuk DAP, kenapa perlunya Mahathir merayu meminta bantuan daripada rakyat sedangkan bila senang, wangnya dibelanjakan untuk "menyogok" DAP?

    Sekiranya benar Mahathir memasang niat untuk membantu rakyat dan menyelamatkan Malaysia, gunakan segala harta yang menimbun yang ada pada diri dan anak-anaknya serta para kroni "belaannya" untuk menyumbang kedalam kantung PPBM, bukannya merayu menagih simpati rakyat yang mereka dakwa kononnya sedang sengsara.

    Sebenarnya, perjuangan mereka bukanlah untuk menyelamatkan negara mahupun rakyat. Malah, jauh sekali jika mahu dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh Almarhum Tunku terhadap Malaysia. Perjuangan mereka hanyalah untuk memuaskan nafsu kemaruk kuasa Mahathir di samping menghancurkan kestabilan yang wujud di dalam negara ini hasil daripada pentadbiran yang cekap oleh kerajaan Barisan Nasional.

    * Artikel ini diterbitkan pada 20 Februari 2018
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bila Susah Cari Rakyat, Bila Senang Cari DAP Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top