My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 8 February 2018

    Jumlah Mangsa Banjir Di Sarawak Kini Cecah 5,562 Orang



    Jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sarawak kini mencecah 5,562 orang daripada 1,682 keluarga dari seluruh negeri ini. 

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Mejar Ismail Mahedin berkata, setakat pukul 8 pagi tadi, sebanyak 32 pusat pemindahan banjir telah dibuka di tujuh bahagian yang terjejas.

    Menurutnya, jumlah mangsa yang terjejas akibat bencana tersebut telah meningkat berbanding 4,618 orang daripada 1,369 keluarga direkodkan petang semalam. "Bahagian Samarahan kini mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 1,483 mangsa daripada 448 keluarga.

    "Di bahagian Bintulu pula, seramai 1,321 mangsa daripada 379 keluarga direkodkan diikuti Serian dengan 1,227 mangsa daripada 389 keluarga," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jumlah Mangsa Banjir Di Sarawak Kini Cecah 5,562 Orang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top