My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 9 February 2018

    Murid Tahun Empat Cedera Bergesel Dengan Pacuan Empat Roda



    Seorang murid lelaki tahun empat cedera ringan akibat tergesel dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Vigo selepas tamat sesi persekolahan di sebuah sekolah rendah di sini hari ini. 

    Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia 10 mengalami cedera ringan pada bahagian kaki kiri dan dihantar ke Hospital Tawau dekat sini untuk rawatan lanjut. Difahamkan, sebelum kejadian kanak-kanak itu baru keluar dari pagar sekolah dan melintas menuju ke kenderaan bapanya yang berada di seberang jalan.

    Bagaimanapun, tiba-tiba hadir sebuah Toyota Vigo di kawasan kejadian lalu menyebabkan mangsa bergesel dengan kenderaan terbabit. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus mengesahkan mengenai insiden berkenaan.

    "Penjaga kanak-kanak itu memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pemandu tersebut. Lagipun tiada laporan polis dibuat dan mangsa kini dilaporkan stabil," jelasnya hari ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Murid Tahun Empat Cedera Bergesel Dengan Pacuan Empat Roda Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top