My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 15 February 2018

    Skim ISBSF Bantu Pengendali Bas Henti-Henti Bermasalah


    Sejak tertubuhnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD), banyak inisiatif kerajaan di wujudkan bagi membantu pengendali pengangkutan awam darat termasuk pengendali operator teksi dalam menghadapi cabaran semasa. Malah, kesemua insiatif ini diwujudkan bagi meringankan kos operasi yang semakin hari semakin membebankan.

    Salah satu daripada skim yang diwujudkan kerajaan ini adalah Skim Dana Sokongan Sementara Bas Henti-Henti (ISBSF) yang telah diwujudkan sejak tahun 2012. Tujuan utama penubuhan skim ini adalah untuk membantu menampung kos operasi harian syarikat terbabit berikutan kerugian dialami disebabkan sebahagian laluan mereka tidak menguntungkan.

    Menerusi skim ini, kerajaan memberi perhatian terhadap isu itu kerana kebanyakan laluan yang terbabit terletak di luar bandar dan perkhidmatan itu masih diperlukan oleh penduduk untuk meneruskan akvititi harian mereka.

    Dengan kewujudan ISBSF ini, kerajaan untuk memastikan syarikat pengendali bas henti-henti, terutama di kawasan luar bandar tidak menamatkan perkhidmatan kerana peningkatan kos dan kerugian yang dialami kerana laluan terbabit kurang penumpang.

    Untuk ini, sebanyak 61 buah syarikat bas henti-henti telah menerima manfaat hasil daripada skim ini yang mana Gopi Travel Tours (GTT) adalah syarikat ke- 61 yang diluluskan SPAD bagi menyertai skim ini. Ini membolehkan mereka membuka semula laluan dari Simpang Pelangai- Bentong- Batu Kikir yang telah ditamatkan sejak 15 tahun lalu.

    Lihatlah betapa prihatinnya kerajaan dalam usaha memajukan pengangkutan awam darat negara. Jika laluan berkenaan di tutup dan keperluan mendesak penduduk untuk menggunakan pengangkutan awam, kerajaan sedia untuk mempertimbangkan sebarang permohonan bagi membolehkan syarikat bas henti-henti berkenaan di serapkan kedalam skim ISBSF ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Skim ISBSF Bantu Pengendali Bas Henti-Henti Bermasalah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top