Peguam yang mewakili dua individu didakwa menganiayai Datuk Farid Kamil Zahari iaitu Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar menjelaskan, anak guamnya berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama mereka.
Akmal yang mewakili penyanyi, Ahmad Tajuddin atau Taj Innuendo dan Ahmad Fairuz Ahmad Rusli atau lebih dikenali sebagai Osh mendedahkan dua penyanyi berkenaan mengakui telah dianiaya berhubung kes tersebut.
“Bagi membela nasib individu yang dianiaya, pihak kami mungkin mengambil tindakan undang-undang terhadap Farid Kamil. Bagaimanapun, buat masa sekarang pihak kami sedang menunggu tindakan lanjut daripada pihak polis.
“Pihak Taj sedia memberikan kerjasama untuk membantu siasatan. Apa yang didakwa oleh pihak Farid tidak menjejaskan reputasi Taj, namun dia pun agak terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku,” katanya kepada pemberita di hadapan Balai Polis Mutiara Damansara di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment