My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 14 February 2018

    699 PATI Filipina Dihantar Pulang



    Semua PATI berusia antara tujuh bulan hingga 65 tahun itu dihantar dengan menaiki kapal ke Zamboanga, Filipina. 

    Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Datuk Rodzi Md Saad berkata, PATI berkenaan merangkumi 569 lelaki, 105 wanita dan 25 kanak-kanak. “Penghantaran ini menjadikan jumlah PATI yang diusir dari negeri ini bagi 2018 sehingga malam tadi seramai 2,345 orang.

    "PATI yang diusir tahun lalu hingga semalam ialah 14,318 orang, manakala PATI diusir dari negeri ini, termasuk yang pulang secara sukarela sejak 1990 hingga kini pula adalah seramai 566,890 orang," katanya di sini, malam tadi.

    Mohd Rodzi berkata, penghantaran pulang PATI adalah komitmen berterusan kerajaan dalam menangani masalah kehadiran golongan itu di Sabah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 699 PATI Filipina Dihantar Pulang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top