My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 22 February 2018

    Pemandu Myvi Dijel 3 Tahun



    Dua pemandu Pe­rodua Myvi dipenjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas didapati bersalah memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian tiga beranak dalam nahas di Lebuh raya Duta-Ulu Klang (DUKE) pada Mei 2015. 

    Majistret Zilfinaz Abbas menjatuhkan hukuman itu terhadap Siti Noor Aini Mohd. Said, 38, dan Moha­mad Fizal Reza Jamauddin, 33, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

    Mahkamah turut meme­rintahkan Siti Noor Aini dan Mohamad Fizal Reza hilang kelayakan memegang lesen memandu selama lima tahun.

    Kedua-dua tertuduh juga diperintahkan menjalani hukuman penjara tambahan dua tahun sekiranya gagal membayar denda. Masing-masing membayar denda tersebut.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pemandu Myvi Dijel 3 Tahun Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top