My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 14 February 2018

    Pengedar Proton Perlu Naik Taraf Pusat Jualan Kepada 3S


    Kerajaan menyarankan pengedar rasmi Proton untuk menaik taraf perkhidmatan sedia ada kepada kemudahan 3S (jualan, servis dan alat ganti) berbanding 1S (jualan) ketika ini. 

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan mengambil berat semua pandangan dan masalah yang dihadapi pengedar jenama kereta nasional itu dan akan mengadakan perjumpaan dalam tempoh terdekat berhubung tekanan yang dialami mereka. 

    “Dalam mana-mana transformasi, sudah tentu ada pihak yang terkesan dan kerajaan ambil berat isu ini. Jadi, untuk terus bersaing dalam industri ini (kereta), kita perlu naik taraf semua pusat jualan kepada 3S.

    “Kita (kerajaan) akan maklumkan kedudukan terkini semua pengedar di bawah Proton selepas bertemu dengan persatuan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Inovasi Usahawan Muda SME Bank Y-Biz Challenge 2018 dan Permohonan Atas Talian MySMEBank di sini, semalam.

    Semalam, Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) mendedahkan pihaknya menerima aduan daripada syarikat jualan Bumiputera mengenai dasar pengurusan baru Proton yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif Proton Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB), Dr Li Chunrong sejak November lalu yang dikatakan banyak memberi tekanan kepada mereka dengan pentadbiran agak keras.

    Lebih malang, DRB-Hicom yang juga pemegang saham utama Proton yang diketuai Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Faisal Albar yang sebelum ini memberi jaminan kedudukan Bumiputera dalam Proton akan dijaga juga kelihatan tidak mampu berbuat apa-apa.

    Menurut persatuan itu, dasar Proton ketika ini dilihat boleh memusnahkan sebahagian majoriti wakil jualan Bumiputera dan perkhidmatan Proton sedia ada dalam usaha syarikat untuk menaik taraf kepada pusat pengedaran dan servis di bawah satu bumbung.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pengedar Proton Perlu Naik Taraf Pusat Jualan Kepada 3S Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top