My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 23 February 2018

    Nak Suruh Mengajar Atau Suruh Pergi Berperang?



    Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bercadang untuk membekalkan senjata api kepada guru bagi menangani kejadian tembakan rambang di sekolah di negara itu. Trump berkata demikian pada pertemuan dengan mangsa yang terselamat dalam kejadian tembakan yang mengorbankan 17 mangsa di sebuah sekolah tinggi di Florida baru-baru ini. 

    Pada masa sama, Trump berjanji untuk memperketatkan pemeriksaan latar belakang pemilik senjata api, selepas berkongsi kesedihan yang ditanggung keluarga mangsa dan pelajar yang berjaya melarikan diri dalam insiden itu.

    “Sekiranya anda mempunyai seorang guru yang mahir dalam mengendalikan senjata api, mereka mampu menamatkan serangan dengan segera. Namun, ia hanya untuk mereka yang benar-benar mahir mengendalikan senjata,” kata Trump yang mencadangkan kira-kira 20 peratus daripada guru sekolah dilatih untuk membawa senjata yang disembunyikan.

    Pertemuan di Rumah Putih yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen itu diadakan susulan bantahan jalanan termasuk daripada pelajar sekolah di seluruh negara. Peserta bantahan mendesak undang-undang pemilikan senjata api lebih ketat dilaksanakan susulan kematian 14 pelajar dan tiga guru Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas di Parkland, Florida, baru-baru ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Nak Suruh Mengajar Atau Suruh Pergi Berperang? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top