Ketua kongsi gelap Geng Jin Jee Tong yang disyaki mempunyai kaitan dengan pembunuhan secara terbuka ketua samseng Geng Hong Hong San di Taman Pelangi pada tahun lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang empat tahun lalu.
Koh Suei Chuan, 50, didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Jin Jee Tong di Johor antara 1 Januari 2015 hingga 11 Februari tahun ini. Suei Chuan mengangguk faham atas pertuduhan namun tiada pengakuan direkodkan ketika jurubahasa membacakan pendakwaan di hadapan Hakim Mohd. Fauzi Mohd. Nasir.
Mengikut kertas pertuduhan, Suei Chuan didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 130 V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun jika sabit kesalahan.
0 comments:
Post a Comment