My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 20 February 2018

    Geng 04 Didakwa Hari Ini



    SERAMAI 36 anggota kumpulan kongsi gelap Geng 04 yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah terancang dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh untuk pendakwaan, hari ini. Mereka tiba di perkarangan mahkamah dengan dikawal ketat pasukan keselamatan termasuk anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) pada 9 pagi. 

    Difahamkan, lebih 100 pegawai dan anggota polis terbabit dalam tugas membawa kesemua suspek berkenaan. Bagi melancarkan pergerakan, polis turut menutup sementara laluan membabitkan Jalan Sultan Iskandar berhadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menghala ke Kompleks Mahkamah Sesyen di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab bermula 8 pagi.

    Semua tertuduh terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah terancang termasuk pembunuhan isteri ahli perniagaan bergelar Datin Seri, kira-kira dua tahun lalu. Menerusi Ops Cantas Silver bermula 12 tengah malam 27 Januari lalu, seramai 36 pemimpin kumpulan itu berusia antara 20 hingga 60 tahun termasuk seorang bergelar Datuk ditahan.

    Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan dalam sidang media semalam berkata, seramai 26 orang ditahan sekitar Perak, Selangor, Melaka dan Johor, manakala 10 orang lagi ditahan dalam penjara di Pokok Sena, Kedah, Sungai Udang, Melaka serta Batu Gajah dan Taiping, Perak.

    Katanya, polis turut merampas pelbagai barangan seperti wang tunai, barang kemas, hartanah dan kenderaan bernilai lebih RM4.54 juta, dipercayai milik anggota kumpulan itu. Mereka direman selama 28 hari bermula 27 Januari lalu mengikut Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012.

    Sementara itu, perkarangan kompleks mahkamah sesak dengan kehadiran orang awam dan anggota keluarga tertuduh. Bagaimanapun, hanya petugas keselamatan, media dan kakitangan mahkamah sahaja dibenarkan masuk, manakala orang awam hanya dibenarkan melakukan urusan selepas jam 11 pagi.

    Semua tertuduh akan didakwa mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang. Mengikut seksyen berkenaan, semua suspek tidak boleh dijamin dan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Geng 04 Didakwa Hari Ini Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top