Seluruh Malaysia cukup mengenali bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan tampil penuh lantang bagi menafikan segala tuduhan salah guna kuasa, skandal kewangan dan rasuah yang terkait dengan dirinya. Malah, suaranya cukup lantang mempertikaikan begitu banyak usaha kerajaan untuk membantu rakyat termasuk mengkritik perlaksanaan GST.
Namun, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Lim Guan Eng nampaknya sudah seperti terkena sumpahan yang menjadikan dirinya bertukar menjadi Orang Kelainan Upaya (OKU) pekak dan bisu.
Manakan tidak, begitu banyak pendedahan yang dibuat oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong dan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan mengenai terowong dasar laut yang telah menelan belanja lebih RM 300 juta, tidak ada satupun di jawab oleh Lim Guan Eng.
Dia lebih senang untuk memilih mendiamkan diri walaupun begitu banyak pendedahan demi pendedahan bagaimana salah guna kuasa berlaku dalam projek berkenaan. Lebih melucukan, sehingga hari ini, projek berkenaan terbengkalai begitu sahaja dengan Lim Guan Eng sendiri sudah tidak ambil peduli tentang projek berkenaan.
Paling lantang mengkritik dan mendedahkan penyalahgunaan kuasa oleh Lim Guan Eng adalah Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong. Sebagai seorang mempunyai latar belakang engineer, beliau begitu mudah mendedahkan bagaimana Lim Guan Eng memanipulasikan banyak fakta hanya untuk menghalalkan apa yang telah dia lakukan di Pulau Pinang.
Namun, tidak ada satupun yang mampu dijawab Lim Guan Eng sedangkan segala projek berkenaan diluluskan serta digerakkan oleh dirinya sendiri. Malah, seperti seorang kanak-kanak yang kalah berdebat, dia pernah melabelkan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong sebagai seorang yang bodoh sedangkan dirinya sendiri yang begitu bodoh memanipulasikan semua fakta sehingga dirinya sendiri terperangkap dengan kenyataannya sendiri.
Nampaknya, adalah malang buat rakyat Pulau Pinang terutamanya DAP itu sendiri mempunyai orang yang bernama Lim Guan Eng. Baginya, apa yang boleh dia sapu, dia akan sapu terlebih dahulu tanpa mempedulikan samada projek yang dia luluskan itu berjalan ataupun tidak. Baginya, kepentingan diri harus diutamakan dan kebajikan rakyat, tidak perlu untuk dia fikirkan.
0 comments:
Post a Comment