My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 12 February 2018

    BAM Bakal Rombak Barisan Skuad Lelaki Negara



    Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria memberi bayangan awal berlakunya perubahan dalam skuad lelaki negara menjelang saingan Piala Thomas 2018 di Bangkok Mei depan termasuk memberi peluang kepada tonggak muda. 

    Menurutnya, selepas berbincang dengan jurulatih dan pengurus pasukan (Datuk Ng Chin Chai) sebaik tamat perlawanan menentang China, mereka mengambil keputusan membenarkan pemain muda beraksi di peringkat tertinggi.

    “Walaupun kita dapat lihat hanya Goh V Shem-Tan Wee Kiong dapat memenangi perlawanan semalam (kelmarin), tapi banyak pelajaran kami dapat daripada pencapaian kita di sini,” katanya yang juga pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM.

    Skuad negara terkandas di separuh akhir apabila tumpas 3-1 kepada China pada Kejohanan Berpasukan Asia di Stadium Sultan Abdul Halim.

    Kenyataan diberikan Norza itu memberi petanda bahawa tiba masanya naib juara remaja dunia 2017, Leong Jun Hao perlu berada dalam skuad berkenaan terutama menjelang aksi di Bangkok. “Saya sebenarnya sangat berbangga dengan pencapaian skuad Piala Thomas kita kerana sebelum ini ada timbul sedikit keraguan dalam persediaan pasukan.

    "Selepas tumpas mengejut kepada Thailand mereka menunjukkan perwatakan sebenar dengan mengalahkan pasukan nombor empat dunia, Taiwan dan menundukkan Hong Kong di suku akhir. 

    “Sudah pasti kita akan melihat kembali kepada perseorangan dan beregu lelaki. Kita mengambil kira kedua-duanya, kekuatan dan kelemahan. Kekalahan kepada China yang meletakkan skuad kedua mereka memberikan kita satu pengajaran untuk memahami dengan lebih mendalam apa kekurangan yang perlu dipertingkatkan,” katanya.

    Ujarnya, tanpa meletakkan Datuk Lee Chong Wei sebagai perseorangan pertama dalam aksi kelmarin, memberikan mereka satu pengajaran berguna. “Kita ada tiga bulan untuk mempersiapkan mental dan fizikal.

    Mesyuarat C&T yang akan berlangsung 13 Februari ini (Selasa) mungkin akan menyentuh sedikit perubahan bakal dilakukan supaya kita menjadi satu pasukan digeruni,” kata Norza.

    Jika ada perubahan dalam skuad lelaki, kedudukan dijangka tidak selamat ialah dua pemain perseorangan Soong Joo Ven, Iskandar Zulkarnain Zainuddin bersama pasangan beregu kedua negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: BAM Bakal Rombak Barisan Skuad Lelaki Negara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top