My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 6 March 2018

    Anda Terlalu Berkaliber Untuk Kekal Di Kerusi Ini



    Bagi sesetengah pendapat, orang-orang yang berkaliber dikatakan cukup membuang masa untuk terus kekal di sesuatu tempat yang dianggap bukan lawannya. Ini kerana, orang berkaliber dan hebat seumpama ini wajar berada di sesebuah tempat yang diyakini mampu mengangkat imej dan kedudukannya di tempat yang betul.

    Bukan senang untuk mencari seseorang yang amat berkaliber menerahui sesuatu kerusi Parlimen ataupun DUN. Itulah pendapat awal yang diperolehi hasil daripada temubual dengan sekumpulan penduduk di Parlimen P078 Cameron Highlands. Orang yang dimaksudkan adalah Ketua Pemuda MIC, C Sivaraajh.

    Secara amnya, beliau adalah anak muda yang paling proaktif di dalam MIC. Kelantangan dan keberaniannya dalam beberapa perkara cukup menyakinkan MIC untuk meletakkannya di Parlimen Cameron Highlands sebagai Penyelaras bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands dan beliau antara yang berjuang bermatian-matian untuk mendapat kerusi yang dikatakan kerusi tradisi MIC.

    Melihat akan gerak kerja yang beliau lakukan sejak 9 bulan yang lalu, apa yang boleh dikatakan adalah, MIC telah membazirkan satu tenaga muda yang aktif yang dilihat mampu menjulang semula nama MIC di satu kerusi yang bukan tandingannya.

    Sepatutnya orang seperti C Sivaraajh ini, wajar diletakkan di kerusi Parlimen Sungai Siput atau di kerusi yang dilihat agak kritikal untuk dimenangi oleh MIC. Ini kerana, MIC sendiri dilihat cukup sukar untuk meyakinkan para pengundi terutamanya kaum India untuk kekal memilih calon mereka.

    Oleh yang demikian, ramai pemerhati politik tempatan di Cameron Highlands menyifatkan, beliau wajar diberi satu ruang untuk bertanding di kerusi yang selayaknya. Keterampilan dan karisma beliau sepanjang mengetuai MIC di Cameron Highlands wajar diterjemahkan di satu kerusi yang boleh membawanya ke Parlimen, bukannya membuang masa menyaingi apa yang dilakukan oleh Tan Sri M Kayveas.

    Sebagai salah sebuah parti komponen terpenting di dalam Barisan Nasional, tenaga muda seperti inilah yang harus MIC ketengahkan di satu kerusi yang boleh memenangkannya. Lihat sahaja bagaimana UMNO meletakkan calon muda mereka, Khairy Jamaluddin di Parlimen Rembau.

    Hari ini, beliau telah berjaya menjadi Menteri Belia dan Sukan dan tidak mustahil sekiranya C Sivaraajh ini diketengahkan dan berjaya memenangi kerusi yang cukup sesuai dengannya, beliau mungkin akan dilantik sekurang-kurangnya menjadi Timbalan Menteri. Justeru, ingin ditanyakan, untuk apa MIC membazirkan tenaga muda berkaliber seperti C Sivaraajh ini di Cameron Highlands?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Anda Terlalu Berkaliber Untuk Kekal Di Kerusi Ini Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top