Seorang lelaki meninggal dunia selepas lori dipandunya terbabas sebelum terjunam ke gaung sedalam kira-kira 100 meter di Jalan Juku, Limbang, jam 5.30 pagi semalam. Mangsa, Yahya Mosidi, 42, parah di kepala akibat tercampak kira-kira 50 meter daripada lori.
Ketua Polis Daerah Limbang Superintendan Mohd Bokhari Saffai berkata, kejadian berlaku di laluan balak yang terletak kira-kira 35 kilometer dari pekan Medamit. “Ketika kejadian, mangsa membawa muatan batu dari Ulu Medamit ke pekan Medamit.
Siasatan awal mendapati lori hilang kawalan di kawasan berbukit itu sebelum terjunam ke gaung. “Ia menyebabkan mangsa tercampak dan disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya. Mohd Bokhari berkata, kejadian disedari orang awam yang melalui kawasan berkenaan sebelum memaklumkannya kepada polis.
0 comments:
Post a Comment