Seorang juragan terjun ke sungai sebaik bot membawa sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dikendalikannya terkandas di di kawasan paya bakau di Sungai Batu 3 di sini, semalam.
Lelaki itu terjun kerana mengelak daripada ditahan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) yang mengejar bot berkenaan.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, lelaki terbabit gagal dikesan dan pemeriksaan pada bot menemui enam lelaki dan tiga wanita berusia 16 tahun hingga 50-an.
0 comments:
Post a Comment