Bagi kebanyakan penduduk dunia, pontianak hanyalah satu mitos yang dicipta barat untuk menakut-nakutkan anak kecil yang suka keluar malam. Namun begitu, tidak ketinggalan juga, ada yang mempercayai kewujudan pontianak atau drakula hanya berasaskan sejarah King Vlad yang pernah hidup di zaman pemerintahan gelap Eropah di Romania.
Usah hairan jika anda akan menemui golongan yang begitu taksub dengan mitos sejarah King Vlad yang dikatakan begitu kemaruk dengan darah sehingga diangkat sebagai Raja Kegelapan. Bagi golongan ini, mereka merasakan diri mereka seperti pontianak yang kebanyakannya mengamalkan kehidupan ala-ala hantu berkenaan sedangkan mereka adalah manusia biasa.
Inilah yang berlaku terhadap Michael Vanchmiel, 44 tahun dari Texas. Dia merasakan dirinya seorang pontianak dimana dia perlu untuk menghisap darah sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Yang menjadi mangsanya, tidak lain dan tidak bukan adalah kekasihnya sendiri, Blut Klatzchen, 28 tahun.
Dia yang merupakan peniaga bunga sanggup mengelar badannya menggunakan pisau cukur semata-mata mahu memenuhi keinginan teman lelakinya yang kononnya pontianak, untuk menghirup darah.
Klatzchen, sanggup melukakan diri sendiri untuk memberikan darahnya kepada kekasihnya, ‘Raja Pontianak’ Vachmiel, dalam ritual yang dilakukan beberapa kali setahun. Vachmiel mendakwa darah Blut memberinya tenaga untuk terus hidup.
Pasangan kekasih itu berkenalan dua tahun lalu di majlis Vampire Ball di Houston, Texas. Blut, dari Shreveport, Louisiana, sebelum ini sanggup menjelajah ribuan kilometer untuk memenuhi keinginan beberapa lelaki dan wanita yang yakin mereka perlu minum darah untuk hidup.
“Sejak kecil saya memang kagum dengan budaya pontianak. Semuanya bermula selepas saya menemui buku mengenai pontianak milik kakak saya. Sejak itu, saya beranggapan, golongan pontianak ini patut dipenuhi keinginannya walaupun ada ketikanya, tubuh saya berasa sakit digigit pontianak berkenaan," ujarnya.
0 comments:
Post a Comment