My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 9 October 2016

    Serpihan Pesawat Sah Milik MH370



    Sejak kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014 yang lalu, terlalu banyak misteri yang masih belum dirungkaikan. Kehilangan pesawat malang ini benar-benar menguji tahap pengesanan pesawat berkenaan sehinggakan ada yang menganggapnya sebagai mencari sebatang jarum di tengah lautan.

    Namun, petanda kemunculan pesawat berkenaan nampaknya semakin hari semakin dekat. Baru-baru ini, penduduk di Mauritius telah menemui serpihan pesawat yang katakan milik MH 370. Serpihan berkenaan pantas di terbangkan ke Australia untuk di analisis bagi mencari kesahihan milik pesawat berkenaan.

    Kelmarin, pakar Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di Mauritius disahkan milik MH370. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, analisis ATSB terhadap serpihan itu mengesahkan beberapa perkara dengan persetujuan Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370.

    Beliau berkata, daripada nombor yang ditemui pada serpihan, bahagian itu dikenal pasti sebagai komponen belakang sebuah Boeing 777. Rekod daripada pengilang kepak pesawat juga menunjukkan nombor terbabit dimasukkan ke dalam nombor talian 404 dan ia sepadan dengan Boeing 777.

    Menurut beliau, pakar membuat kesimpulan bahawa serpihan asal itu adalah daripada pesawat 9M-MRO atau juga dikenali sebagai MH370.

    Laporan media sebelum ini menyebut, Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan 22 serpihan dipercayai pesawat Boeing 777-200ER itu ditemui di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan perairan Tanzania.

    Daripada jumlah itu, dua serpihan disahkan manakala empat Iagi dikatakan hampir pasti daripada pesawat MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal pada 8 Mac 2014.

    Serpihan disahkan adalah sebuah flaperon pesawat Boeing 777 yang ditemui di Pulau Reunion, Julai tahun Ialu dan kepingan sayap di Pulau Pemba, perairan Tanzania pada Jun lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Serpihan Pesawat Sah Milik MH370 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top