My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 5 May 2017

    Balasan Duda Bunuh Suami Kekasih



    Perbuatan kejam seorang duda yang mencekik suami kekasihnya sehingga mati angkara terlalu marah selepas wanita itu enggan meneruskan hubungan intim mereka akhirnya menerima pembalasan apabila dia dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam. 

    Pesuruhjaya Kehakiman Wong Teck Meng membuat keputusan itu terhadap Jaafar Ngamil, 45, selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan tersebut.

    Mengikut pertuduhan, Jaafar yang merupakan duda anak tiga didakwa membunuh Jamingan Hambali, 44, di dalam sebuah kereta Proton Saga, di antara Jalan Surau Ilmiah, Tebuk Haji Omar, Kampung Banting, Sabak Bernam hingga ke sebatang parit di Jalan Haji Omar, Kampung Banting. 

    Kejadian berlaku antara pukul 9.07 malam pada 22 Jun 2014 hingga 8.30 pagi keesokannya. Pertuduhan ke atas pemandu lori itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Fairuz Johari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Balasan Duda Bunuh Suami Kekasih Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top