Seekor ikan paus sepanjang 9.14 meter dan seberat kira-kira 1.5 tan ditemui masih hidup di tepi pantai Siwak di sini semalam. Mamalia itu ditemui terdampar oleh dua orang nelayan tempatan pada pukul 6 pagi ketika hendak menangkap ikan di laut.
Ketua Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan ikan paus itu pada pukul 7.11 pagi sebelum bergegas ke lokasi untuk menyelamatkan mamalia tersebut.
“Penemuan ikan paus itu amat mengejutkan penduduk tempatan di sini kerana ia tidak pernah ditemui di kawasan tersebut sebelum ini.
“Pihak bomba dan penduduk kampung mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menolak ikan itu ke kawasan air yang lebih dalam sebelum ia dilepaskan semula ke Laut China Selatan,” katanya ketika dihubungi semalam.
0 comments:
Post a Comment