My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 5 May 2017

    Kerajaan Sabah Tegakkan Kebebasan Agama



    Kerajaan Sabah menegakkan kebebasan beragama, sekali gus memandang serius isu yang boleh menggugat keamanan dan keharmonian dalam kalangan mereka yang mengamalkan agama berbeza di negeri ini. 

    Sehubungan itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman mahu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) segera membetulkan apa sahaja kelemahan yang sedia ada dalam pengeluaran MyKad, termasuk tersilap memasukkan perkataan Islam pada individu bukan Islam.

    Beliau turut meminta laporan penuh daripada JPN berkaitan masalah itu di negeri ini dan langkah yang diambil bagi mengelak kesilapan itu daripada berlaku. "Ini kelihatan seperti masalah pentadbiran, namun saya mahu masalah ini diperbetulkan dengan segera oleh pihak yang terbabit. Walaupun ada kelemahan dalam JPN, isu ini tidak perlu diperbesarkan.

    "Sesetengah pihak tidak boleh begitu cepat menyatakan bahawa kerajaan telah membenarkan radikalisme dan tidak bertoleransi dalam agama serta menyokong rasuah dan aktiviti jenayah seperti penculikan," katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

    Sambil menjelaskan adalah amat tidak bertanggungjawab untuk membuat tuduhan awal terutama apabila ia datang daripada badan agama, beliau menjelaskan, tiada ruang kepada mereka yang bersikap tidak bertoleransi dalam agama dan kaum di Sabah. "Sabah adalah negeri berbilang agama dan bangsa dengan rakyatnya hidup dalam keadaan aman serta harmoni," katanya.

    Musa berkata, kerajaan negeri turut memberikan peruntukan berjuta ringgit untuk gereja, sekolah mubaligh dan sekolah jenis kebangsaan Cina serta kuil.

    Akhbar tempatan hari ini melaporkan, Presiden Gereja Sidang Injil Borneo (SIB), Datuk Jerry Dusing, berkata ahli gereja di Sabah mengadu menjadi mangsa JPN apabila mendakwa tertulis perkataan Islam dalam MyKad tanpa kebenaran mereka.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kerajaan Sabah Tegakkan Kebebasan Agama Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top