Seorang penganggur mengalirkan air mata selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam membalas perbuatan kejamnya membunuh dan merogol seorang wanita di Kampung Batu Papan, Gua Musang dengan hukuman gantung sampai mati serta penjara 18 tahun dan 12 sebatan.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu terhadap Mohammad Awari Ahmad, 24, selepas pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Sebaik selesai prosiding, tertuduh dilihat mengalirkan air mata semasa diiringi polis ke lokap mahkamah. Ahmad dalam penghakimannya berkata, setelah meneliti keterangan yang ada, mahkamah mendapati tertuduh mempunyai niat untuk melakukan kecederaan dan mengakibatkan kematian mangsa.
0 comments:
Post a Comment