Namun, baru-baru ini, disebabkan hal terowong, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong telah diserang oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Semuanya gara-gara kelantangan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong mempersoalkan kredibiliti Lim Guan Eng dalam menguruskan projek pembinaan terowong yang begitu hangat diperkatakan.
Dalam reaksi keras, Lim Guan Eng melabelkan Datuk Seri Ir Dr Wee sebagai individu yag bodoh kerana mempersoalkan jumlah bayaran yang dibuat. Di samping itu, Guan Eng juga gagal mengawal perasaannya apabila mempersoalkan apa hak Datuk Seri Ir Dr Wee mahu mengambil tahu tentang isu ini.
Ketika diminta mengulas akan hal ini, beliau hanya tersenyum dan hanya berketa, "dia (Lim Guan Eng) boleh kata apa yang dia mahu. Tetapi, undang-undang akan menentukan kebenarannya kelak. Tidak guna berlawan dengan orang sebegini kerana kita hanya mengemukakan bukti sahih dan dia sudah pasti tidak mampu untuk menjawabnya dengan tepat.
"Paling utama, kita jangan terikut-ikut dengan rentak dia. Kita jangan biarkan diri kita diperbodohkan dengan permainan politik dia".
Melihat kepada reaksi Datuk Seri Ir Dr Wee ini menampakkan bahawa, beliau berada di pihak yang benar. Beliau secara terbuka boleh mempersoalkan kewajaran kerajaan DAP Pulau Pinang mengeluarkan belanja yang amat besar hanya untuk membina satu terowong.
Malah, lebih melucukan, dua buah syarikat yang kononnya dilantik sebagai konsortium permbinaan berkenaan juga langsung tidak wujud. Sudahlah membayar sebuah syarikat fesyen untuk pembinaan ini, Guan Eng juga mengupah "hantu" untuk kononnya membangunkan sebuah projek mega yang diusahakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.
Justeru, memang benarlah apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong. Kita jangan buang masa melayan penipuan Guan Eng. Kita dedahkan segala kepincangannya supaya rakyat tahu, yang mana satu yang betul dan yang mana satu yang salah.
0 comments:
Post a Comment